Fatwa Prof Dr Yusuf Al Qardawi

Sesiapa yang menyokong SEKULAR, hilang Islamnya dan kekal di dalam Neraka buat selama-lamanya

Renung-renungkanlah fatwa Ulama' Muktabar

Aung San Suu Kyi

Sunday, September 7, 2014

Fantastic 4 mahu PAS ditendang keluar

Melihat senario terkini sudah cukup untuk membaca pendirian Hj Hadi dan sekutunya untuk bawa PAS keluar Pakatan tapi bukan bertindak keluar sendiri kerana tak mahu dicop pengkhianat. Mahu ditendang. Semalam SU Majlis Syura Ulama tak semena-mena keluar statement tak setuju Wan Azizah jadi MB kerana tak mampu memikul tugas tu. Decision tersebut dilapurkan telah dipersetujui bersama oleh TG Nik Aziz, TG Harun Din, TG Hj Hadi,  Tuan Ibrahim dan Ust Nik Zawawi. Saya rasa TG Nik Aziz tiada dalam perbincangan itu. Beliau sekadar dimaklumkan saja oleh geng Fantastic 4 itu. Saya masih yakin dengan pendirian Mursyidul Am yang tetap bertegas PAS mesti perkukuhkan PR.

Sumber menyebut Fantastic 4 telah sepakat menghantar 3 nama ke istana sebagai calon MB. Tak mustahil kesemua nama itu ADUN PAS. Andai Sultan memilih dari PAS sebagai MB, tentunya konflik ini berpanjangan kerana PAS mengkhianati konsensus Pakatan yang telah sepakat post MB Selangor dari PKR. Mungkin PRN boleh terjadi. Adakah ini 'grand design' Najib-Hadi untuk menghancurkan Pakatan bagi menjayakan Kerajaan Perpaduan di negeri terkaya itu?

Apa motif mereka berempat ini? Kenapa masih tak berpuashati dengan pemecatan TSKI yang terbukti menyalahguna kuasanya dalam isu penyelesaian hutangnya RM70 juta dengan Bank Islam? Apakah Hj Hadi dan regunya kini bersikap double-standard kerana TSKI rapat dengan mereka?

Dalam forum di Terengganu, Hj Hadi menyebut PKR yang jadi punca konflik di Selangor. Masalah PKR. Hairan juga Presiden PAS tak tahu menahu masalah TSKI. Ini bukan masalah parti tapi individu. Umum kini tahu sebab-musabab PKR terpaksa pecat TSKI ekoran kedegilannya enggan meletak jawatan MB walau telah dinasihati. Bukan soal hutangnya tapi cara penyelesaian hutang itu melibatkan kepentingan rakyat negeri. Ini hal yang serius kerana melibatkan integriti kerajaan PR Selangor. Malahan ramai ADUN PAS sendiri mengadu pada PKR minta Khalid ditukar segera.

Sekitar jam 3.00 pagi tadi saya dapat maklumat yang mengesahkan maklumat awal yang saya terima minggu lalu. Sejumlah dana yang begitu besar telah disalurkan kepada seseorang bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan ini. Saya ada angka yang tepat tapi tak berhasrat untuk dikongsi di sini. Ramai juga yang dapat durian runtuh dari dana tersebut. Siapa mereka? Fikirlah sendiri.

Hakikatnya memang PAS mahu ditendang keluar oleh Pakatan. Salah seorang penulis buku politik melahirkan rasa marahnya "Kali ni Hj Hadi memang mahu Pakatan hancur dan tak peduli kalau PAS berpecah".

Wallahu'alam.

>>>>> more here

Saturday, September 6, 2014

Ke mana halatuju PAS?

3 MINGGU menjelang PRU13, Dr Harun Din, Hj Hadi, Mat Sabu, Tn Ibrahim & Cgu Pa pergi menemui Anwar dan menyatakan "Kami PAS tak mahu enta jadi PM tapi Ku Li". Ini keputusan siapa? PAS Pusat tak pernah bermesyuarat membincangkan hal ini. Sapa pun tak boleh terima tindakan 'unetical' ni. Ku Li org luar, ahli UMNO. Percaturan politik siapa? Orang yg waras pun akan kata "mengarut". Sumber menyebut yang mendorong Tim Mursyidul Am dan Presiden mengambil sikap ni ekoran video lucah yg membabitkan Anwar dan percaya Anwar di dlm video bisu itu. Dan ramai yg tak tahu pimpinan utama PAS telah diundang khas oleh KDN utk tayangan perdana video itu. Hanya TGNA tak diundang.

Amat mengecewakan bila pimpinan spt Dr Harun Din dan Hj Hadi boleh termakan dgn fitnah jahat UMNO ini. Di mana logiknya bagi orang yg melanggani pelacur boleh bawa 2 orang rakan masuk ke bilik serta membenarkan aksi mereka dirakam. Kemudian video itu hanya hitam putih dan tiada suara. Di samping tayangan itu, pimpinan PAS turut diberi taklimat khas oleh Bukit Aman berkenaan Kes Liwat 2 Anwar.

Menjelang penamaan calon PRU13, Hj Hadi telah sengaja meletakkan calon PAS di saat akhir di beberapa kerusi hingga berlaku pertembungan 3 penjuru yg menghasilkan kemenangan di pihak BN. Dipercayai tindakan Hj Hadi ni atas nasihat orang di sekelilingnya. Ada 10 Penasihat yg banyak mempengaruhi tindakan politik beliau. Dan para penasihat inilah juga yg terlibat di belakang tabir dlm kemelut MB S'gor.

Dlm isu pil kuda, adalah tdk wajar bagi tokoh Ulama spt Hj Hadi boleh membuat tuduhan terhdp salah seorang calon PKR tanpa usul-periksa. Adakah hanya dgn mendengar khabar angin sudah dijadikan sebagai bukti? Bila pihak yg dituduh mengemukakan saman, Hj Hadi tidak hadir ke mahkamah dan akhirnya Hakim memerintah Hj Hadi membayar RM2 juta kpd tertuduh. Bila perintah dah dikeluarkan, barulah peguam Hj Hadi bertindak. Malah tertuduh mengakui dia tiada niat utk menjatuhkan reputasi Presiden PAS, hanya sekadar meminta Hj Hadi memohon maaf secara terbuka.

Saya tertanya2 kenapa Hj Hadi bersikap begitu? Apakah kerana ada 'dendam' terhadap Anwar atau 'cemburu' atau 'berprasangka buruk' pada Anwar? Atau sengaja mencari pasal ekoran hasrat Unity Government tak tercapai?

Seharusnya kegagalan beliau dan kepimpinan Trengganu mempertahankan kerajaan PAS dlm PRU11 boleh menjadi pendorong kpd satu analisa menyeluruh di mana kelemahan dan juga lompang2 yg tidak diisi hingga menyumbang kpd tumbangnya kerajaan berusia sepenggal. Malangnya, seperti biasa PAS tidak pernah mengakui kelemahannya, sebaliknya menuding jari ke pihak musuh yg terkenal dgn tipu-muslihatnya.

Sejak awal penubuhannya 1951, PAS mengambil pendekatan pilihanraya utk dapat kuasa. Justeru, undi rakyat diperlukan. Dan PAS paling cemerlang dlm PRU10 2009 bila memenangi 27 kerusi Parlimen, merampas Terengganu & mengukuhkan kedudukannya di Kelantan. Perlu diakui gelombang Reformasi yg berlaku pd masa tu ekoran pemecatan DSAI dpd Kabinet & UMNO serta fitnah telah menimbulkan kemarahan org Melayu. Dgn kebijaksanaan dan ketajaman politik Presiden PAS Almarhum Ust Fadhil Noor, beliau telah melancarkan Gerak yg berjaya menyatukan seluruh parti pembangkang dan NGO2 bagi menentang kezaliman terhadap Anwar hingga tertubuhnya Barisan Alternatif. Dan Almarhum dilantik sbg Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kejayaan Almarhum menyatukan semua parti pembangkang dlm Barisan Alternatif membuktikan ketokohan & kewibawaan beliau sebagai pemimpin berpandangan jauh. Sayangnya, selepas pemergiannya PAS di bawah Hj Hadi gagal meneruskan usaha yg dibina oleh Almarhum bila DAP bertindak keluar BA krn tdk boleh menerima Dokumen Negara Islam PAS. Kini Barisan Alternatif itu dihidupkan kembali oleh Anwar dlm PRU12 dgn nama Pakatan Rakyat dgn kejayaan menguasai 5 negeri.

Tiada sapa menyangka majoriti rakyat bangkit mengundi pembangkang dlm PRU2008. Namun pemerhati melihat kejayaan Himpunan Bersih 2.0 menghimpunkan ratusan ribu rakyat pelbagai kaum telah menyuntik kesedaran dlm diri rakyat utk melakukan perubahan demi kesejahteraan negara dan rakyat keseluruhannya.

Ringkasnya, dalam keadaan mood rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap Pakatan utk take over Putrajaya dlm PRU14, di mana rasionalnya Hj Hadi dan sekutu rapatnya masih berusaha untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor, juga tergamak membelakangi keputusan yang telah dicapai sebulat suara dlm Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 dan 25 Ogos lalu. Apakah Hj Hadi yang disokong penuh oleh Majlis Syura Ulama telah melupakan segala kejahatan, penyelewengan dan jenayah UMNO yang diketahui umum? Ke mana hilangnya visi PAS selama ini yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya? Wajarkah seorang pemimpin yang baru dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, tiba-tiba boleh berubah arah dan mengakui mahu bawa PAS berkerjasama dengan UMNO atas dasar Melayu dan Islam.

Benarlah kata Youssef Nada bahawa Ulama Islam tidak menggunakan orak mereka sejak abad ke-12 lagi. Persoalannya sekarang ke mana halatuju perjuangan PAS sebenarnya. Adakah dengan bersama UMNO akan merealisasikan cita-cita perlaksanaan Hudud? Apakah dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan boleh menyelesaikan masalah Melayu? Bagi saya, sebenarnya PAS masih meraba-raba di dalam terang hingga tak tahu apa yang dibuatnya. Nasib baik Allah mentakdirkan kerajaan PAS Kelantan diterajui oleh TG Nik Aziz selama 22 tahun dan diteruskan oleh Ustaz Ahmad Yaakob hingga ke hari ini. Rakyat Malaysia umumnya melihat Islam yg syumul telah dipraktikkan oleh TGNA dalam pentadbirannya.

Wallahu'alam
>>>>> more here

Wednesday, August 27, 2014

Malu nak ngaku ahli PAS

Tan Sri Khalid Ibrahim satu nama besar dlm dunia korporat sebelum 'terpaksa' terjun ke pentas politik tanahair atas 'pujukan' Anwar. Ditabalkan sbg MB negeri terkaya selepas PRU12 dan mentadbir dgn style korporatnya. Takde sapa menafikan kecemerlangannya dlm menjaga duit rakyat Selangor secara telus. Dari rizab RM400 juta di hari pertama dia 'boarding' ke Pejabat MB, kini meningkat RM3 bilion.

Walau rakyat negeri mula menikmati faedah seperti 20 meter padu air percuma, RM1,000 utk anak Selangor ke universiti tapi masih banyak lagi rungutan kedengaran ekoran rasa tidak puashati rakyat atas beberapa isu yang seharusnya diselesaikan. Kekayaan negeri yg sepatutnya dinikmati rakyat tidak disalurkan sebaik mungkin. Khalid lebih 'seronok' melonggokkan rizab negeri hingga berbilion2.

Saya sempat bertanya dgn salah seorang pimpinan utama Pakatan utk mengetahui apa punca sebenarnya dia terpaksa dipecat. Dia bagitau saya "Kita ada kuasa tapi Pakatan tak menguasai negeri".

Hint yg diberi menunjukkan Khalid yg berkuasa sepenuhnya walau ada barisan Exco. Kalau merujuk kpd pengakuan Exco Dr Halimah Ali, mmg Khalid kedekut utk rakyat. Jika proposal yg dikemuka tdk relevan, ditolaknya mentah2. Khabarnya setiap ADUN Pakatan tiada bajet utk melaksanakan program rakyat.

Setelah PKR memecatnya, Khalid tetap enggan resign sbg MB. PAS melalui Majlis Syura Ulama pula menyokongnya kekal MB. Begitu juga 12 ADUN BN. Sebaik Sultan perkenan dia kekal sbg MB Bebas, kesemua 6 Exco dari PKR dan DAP dipecatnya. Hanya tinggal 4 Exco dari PAS. Khalid hanya disokong oleh 15 ADUN PAS + 12 ADUN BN + BEBAS = 28.

Tanpa diduga 2 ADUN PAS menyatakan sokongan terhadap DSWA sbg MB baru. Kini hanya tinggal 26 ADUN bersamanya. Dari segi moralnya, Khalid wajib letak jawatan.

Perlu diakui tindakan MSU PAS membuktikan satu pengkhianatan terhadap rakan sendiri dlm Pakatan Rakyat. Pernyataan sokongan yg dibuat mmg tak masuk akal sbb Khalid bkn lg MB dari Pakatan.

Akhirnya, badan eksekutif PAS memutuskan setuju Khalid diganti dlm mesyuarat 17 Ogos dgn mengemukakan 2 nama pengganti, yaitu Wan Azizah dan Azmin. Dan Azmin pula menarik diri utk beri laluan kpd bosnya. Semua menarik nafas lega.

Tanpa disangka, selepas tu ada pertemuan 6 mata antara Hj Hadi, Cgu Pa & Azmin. Tim Presiden PKR telah dipujuk oleh 'Geng Ganu' itu agar bersama PAS dan diminta menarik 3 lagi ADUN PKR utk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO, dgn persetujuan Azmin sbg MB.

Namun kesetiaan Azmin pd Anwar dan PKR melebihi keinginannya jadi MB. Pengkhianatan Hj Hadi dan Cgu Pa terbongkar. Mahu tak mahu, demi menutup aib sendiri, sekali lg Mustapha Ali memanggil Mesyuarat AJK Pusat pd 25 Ogos. Kali ni Presiden PAS diasak 'panas' dlm bilik meeting berhawa dingin hingga mengakui di depan AJK PAS Pusat yg hadir bahawa;

1. Memang ada pertemuan dgn Azmin utk memujuknya,

2. Menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO dgn alasan demi Melayu dan Islam.

Tindakan Hj Hadi dan Mustapha Ali ni memang memalukan parti. Bkn setakat itu saja, malahan umum melihat PAS sebuah parti yang tidak boleh dipercayai lagi. Islam yg diperjuangkan hanya tinggal pada namanya saja. Lebih menjengkelkan bila Cgu Pa dlm press statement menyatakan bahawa 13 ADUN PAS tidak akan sign SD menyokong DSWA sbg MB.

Smlm saya menerima mesej dari shbt "Ana malu bila PAS buat macam ni. Tentu non-Muslim tak percaya lagi pd PAS kerana menipu mereka". Dan ada ahli PAS yg meluahkan rasa kecewanya "Ana malu nak ngaku sebagai ahli PAS".

Wallahu'alam.
>>>>> more here

Sunday, August 24, 2014

PAS cedera parah?

Petang tadi saya bertemu dgn seorang pimpinan PAS utk mendapatkan respon tentang konflik di Selangor, juga kesannya terhadap PAS itu sendiri. Sahabat saya ni pernah bertanding sbg calon PAS dlm PRU 1982, 1986 & PRU13 di Johor. Orangnya kuat membaca & berkemampuan mengulas senario politik nasional & internasional dgn bernas. Berminda tajam. Jadi tak hairanlah salah seorang puterinya sedang meneruskan pengajian di peringkat PhD sekarang, tanpa henti dari hari pertama memasuki universiti (Sarjana Muda). Mewarisi kebijaksanaan ayahnya.

Sambil kami menghirup sup kambing, saya mula mencedok isi mindanya. Katanya, "Dalam politik ni kita tak boleh gopoh kerana tersilap langkah, akibatnya buruk & mengambil masa lama utk pulih. Politik ialah persepsi. Kita nak dapat kuasa dgn undi rakyat. Kalau persepsi rakyat terhadap kita negatif, tentu mereka tak beri undi. Dan PAS masih gagal memahami hal ini walau dah 13 kali bertanding pilihanraya.

Dlm konteks Profesional dan Ulama', kita berjaya mengUlama'kan Profesional tapi gagal memProfesionalkan Ulama'. Ini masalahnya. Ulama' masih gagal keluar dari kotaknya & terus terkongkong dgn disiplin ilmunya. Mereka telah diberi peluang 30 tahun utk menerajui parti tapi PAS masih meraba-raba mencari formula utk meraih sokongan rakyat. Lihat apa jadi dgn Trengganu PRU11 & Kedah PRU13. Ingat mudah ke nak dapat balik Kedah tu. Sampai sekarang kita masih gagal rampas Trengganu".

Saya mencelah "Apasal masih tak dapat Ganu?" Sambung dia lagi "Kita jgn lupa UMNO bijak mengeksploitasikan keadaan. Mereka ada group think-tank sepenuh masa yg sentiasa mencari jalan utk menghadapi kita. Bila kita dpt Trengganu dlm PRU10, k'jaan PAS telah bertindak menutup tadika2 Kemas. Bila ni terjadi, apa persepsi rakyat? Rakyat akan kata PAS juga amalkan politik balas dendam. Malah sikap & gaya hidup kalangan EXCO berubah sekelip mata. Rakyat memerhati saja. Bila tiba PRU11, rakyat hukum kita balik. Soal pengundi hantu tu biasalah. Mmg dah kerja musuh."

Bila saya ungkit psl Dr Zuhdi, komennya mudah je "Inilah masalahnya golongan akademik. Merasa diri terlalu bijak tapi hakikatnya tak bijak. Buat kenyataan hanya berdasarkan teori tanpa mengambil-kira grassroot. Org mcm Zuhdi ni bkn pernah ambil tahu orang bawah. Dia hentam Anwar & pertahan Khalid Ibrahim. Apa yang dia dapat & apa untungnya PAS? Dia lupa ke S'gor kita dpt perintah hasil gabungan 3 parti. Dan Anwar-lah yg jadi penghubung antara  PAS dan DAP hingga terjalin kerjasama erat. Dr Mariah menang dgn majoriti besar di kawasan majoriti pengundi India. Dan ramai lg calon PAS menang di kawasan majoriti bkn Melayu sbb pengundi Cina sokong kita hasil dari pendktn  tahaluf-siyasi. Siapa untung? PAS juga untung.

Tapi bila Zuhdi & Geng Ustaz ni dok nak 'berperang' dgn Anwar, PKR & DAP, tentulah mereka mula ragui keikhlasan kita. Begitu juga dgn pengundi Cina & India. Nahhh sekarang sapa yg rugi? Katakan Pakatan berpecah, DAP tak rugi apa2 sbb sokongan Cina kuat padanya. Samada bersendirian @ dlm PR, jumlah kerusi yg dimenangi DAP sama je. Mcmana dgn PAS kalau besendirian? Bolehlah bertahan di Kelantan & menang. Itu pun entah sebab dah mula kedengaran suara2 di peringkat grassroot yg tak puashati dgn kerajaan skrg. Malah ada yang tanpa selindung mahu menghukum PAS dlm PRU14.

Dlm hal yg membabitkan Anwar, saya lihat gelagat Hj Hadi & geng UG ni mmg marah pd Anwar. Salah satu sebabnya mereka termakan juga fitnah UMNO terhadap Anwar dlm kes Liwat 2. Dlm politik ni soal sangsi dgn rakan serumah atau jiran tu biasalah tapi jgn sampai mengeruhkan keadaan. Soal Anwar bersalah atau dia ada agenda sendiri, itu soal kedua. Yg penting kita mesti perkukuhkan Pakatan tp malangnya dlm isu MB S'gor, Hj Hadi & PAS dilihat tak jujur dlm persahabatan. Imej PAS terjejas teruk. Saya pun tak setuju TSKI dipecat tapi itu urusan PKR. Nak buat apa kita masuk campur & buat kenyataan terbuka membantah tindakan pemecatan tu."

Bagaimana Hj Hadi? "Dia mmg hebat di peringkat antarabangsa. Ada pandangannya dlm konflik yg berlaku di Timur Tengah diterima oleh Yusof Qardawi". Saya tanya "Nape dia gagal & dilihat lemah dlm membuat keputusan politik di tanahair sendiri?". "Sebab penasihat dia tak cerdik. Di peringkat antarabangsa, kalau tak salah penasihatnya Dr Syed Azman & Kamaruddin Jaafar. Orang yg berpengalaman".

Ringkasnya hasil perbualan kami berdua, saya merumuskan bahawa imej PAS tercalar teruk dlm isu MB S'gor. Juga kredibiliti Hj Hadi sbg Presiden mula dipertikaikan oleh semua pihak.

Wallahu'alam

>>>>> more here

Wednesday, August 20, 2014

PRK Teluk Intan & Pengkhianatan

Coretan saya kali ini mungkin tak disenangi oleh pimpinan, ahli maupun penyokong PAS, namun itulah hakikat yg harus ditelan bersama. Walau PRK T.Intan telah berlalu 81 hari, namun ramai yg tak tahu wujud 'betrayal' yg tak sepatutnya.

Pada 31 Mei lalu, Pakatan (DAP) telah hilang kerusi yg dimenanginya dlm PRU13 bila kalah kpd BN (Gerakan) dgn majoriti tipis 238.

PRK ni telah menjadi tumpuan semua pihak bila DAP buat kejutan dgn menampilkan calon muda Melayu, Dyana Sofya, ekoran kematian YB Seah Leong Peng yg menang dgn majoriti 7,313 undi dlm PRU lalu.Pada hemah saya, DAP di sudut politiknya mmg advance krn berani mempertaruhkan kerusi yg dimenanginya dgn meletakkan calon Melayu dlm PRK T.Intan. Kenapa saya katakan berani? Sbb dlm PRK, Pakatan bkn berlawan dgn UBN tapi seluruh jentera kerajaan.

Dgn modal majoriti 7,313 dlm PRU13, DAP yakin boleh kekal di Teluk Intan tapi dgn majoriti kecil. Namun berlaku 'pengkhianatan' hingga kalah pula dgn majoriti tipis 238 undi.Melihat kpd peratusan keluar mengundi hanya 67.4% (40,626) berbanding 80.7% (48,839) dlm PRU13, bermakna seramai 8,213 tak keluar mengundi dlm PRK ini.

Jika merujuk angka, seramai 7,480 orang pengundi Pakatan yg tak mengundi. Di pihak BN, undi mereka kekal & meningkat sikit.

Siapa 7,480 orang itu? Pengundi yg menetap di luar & tak pulang krn beranggapan DAP boleh menang ekoran majoriti 7,313 dlm PRU13. Selebihnya pengundi tempatan sendiri.

Saya terkejut bila mendapat maklumat hampir 1,000 ahli PAS tak keluar mengundi krn termakan hasutan Geng Ustaz yg berfatwa "Haram undi Dyana krn tak bertudung & menolak Hudud".

Dan 'fatwa' itulah juga yg diguna oleh UMNO dlm kempennya kpd pengundi Melayu bagi memenangkan calon dari Gerakan yg keras menentang Hudud.

Tak sangka rupanya Geng Ustaz PAS ni begitu dangkal pemikirannya. Tak tahu beza antara statement politik dgn statement peribadi. Inilah yg disebut bodoh tak bertempat. Merasa diri merekalah saja pewaris Nabi sedangkan tindak-tanduk mereka menggambarkan bahawa Islam hanya untuk Melayu, selari dgn fahaman songsang UMNO.

Dan ramai yg tidak sedar Geng Ustaz inilah yang kerap bertemu dlm gelap dgn pimpinan UMNO bagi merealisasikan agenda Kerajaan Perpaduan yang ditidurkan sementara bila mendapat tentangan hebat Tuan Guru Nik Aziz.

Kini tahulah sudah siapa pengkhianat. Mereka bkn saja khianat pada Pakatan malah PAS itu sendiri.

>>>>> more here

Thursday, March 27, 2014

MH370 dan World War 3

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum ada titik noktahnya. Terlalu banyak percanggahan fakta yang muncul sejak hari pertama ghaibnya pesawat tersebut. Hanya satu persoalan saja, juga merupakan prosedur biasa bila mana pesawat hilang dari radar, sudah semestinya mana-mana negara di dunia ini akan menghantar jet tentera udara bagi mengesan pesawat yang hilang itu. Namun agak malang sekali bila MH370 hilang dari radar DCA pada jam 0121, langsung tiada sebarang tindakan diambil oleh Malaysia. Kenyataan rasmi tentang kehilangan MH370 hanya dibuat pada jam 0800. Pelbagai alasan diberi bagi menyembunyikan kebobrokan sistem pertahanan negara masa ini. Penulis cukup yakin kehilangan MH370 ini merupakan konspirasi jahat Amerika dan Israel bagi tujuan tertentu. Apakah pentadbiran Najib sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh konspirator? Kenapa dua orang penumpang menggunakan paspot palsu dibenarkan masuk ke dalam pesawat? Lupakah kita bagaimana rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia boleh hilang dari database Imigresen? Ikuti pandangan Dr Tanaka Mustafa berhubung isu MH370 dan kaitannya dengan percaturan kuasa besar seperti Amerika.

1) Bagi yang membaca world news hari ini, pasti terbaca krisis Russia mengeluarkan ancaman; "Russia will bomb US to radioactive ash". Ini kenyataan paling keras Russia terhadap US dalam masa 30 tahun semenjak kejatuhan Soviet Union.

2) Malah dalam sejarah US sendiri pun, tidak pernah digertak hingga ke total annihilation.

3) Bagi yang biasa dengan world politic, US kini bukan lagi superpower. Russia telah kembali, dan China dijangka akan mengatasi US pada tahun 2035. Kesatuan Eropah (EU) bukan lagi sekutu US yg boleh diharap.

4) Apa yg berlaku di Ukraine, Korea dan Syria ialah epitome bahawa US sebenarnya menghadapi masalah berhadapan Russia dan China.

5) Maka, dunia yang kita duduki sekarang, dunia yang bakal kita warisi kepada anak nanti ialah pentas competitive imperialism antara negara-negara superpower dalam dunia multi polar.

6) Dalam geo-political friction ini, pasti ada negara negara kecil yg menjadi mangsa. Dalam kes MH370, malanglah bagi kita seandainya masih memandang ini sebagai sekeping puzzle, tanpa mengetahui big picture.

7) Gajah sama gajah berperang, matilah Malaysia ditengah tengah. Paling sengal, kerajaan Malaysia cuba mengaitkan isu MH370 dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Lebih galaklah konspirator peringkat dunia kerana mereka sendiri tak perlu create divert issue. Malaysia sendiri yang buat.

8 ) Perang adalah fitnah yang besar kepada ummah. Wahai orang-orang beriman, berdoalah agak kita terselamat daripada fitnah yang boleh merosakkan iman kita.

Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja “menculik” pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370.. Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk “mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara.”

Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi.. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah “plot”.

“Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis..Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam,” katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebelum sebarang tanda ditemui di Lautan Hindi..Kini Najib sudah umumkan berkenaan pesawat itu sebentar tadi..Mengapa pesawat itu melencung jauh ke kawasn terpencil di Lautan Hindi?, kerana disana ada satu pulau kecil yang diperintah Amerika iaitu pulau Diego Garcia..

Pulau 'Diego Garcia' ini menempatkan pusat pertahanan kawalan marin dan udara Amerika Syarikat yang terbesar di luar negara itu dengan kekuatan dianggarkan antara 25,000 ke 35,000 anggota pada satu-satu masa.
>>>>> more here

Monday, March 24, 2014

Malaysia still refuse to declare the cargo manifest for Flight MH370

MALAYSIA’S continuing refusal to share the cargo manifest for Flight MH370 with an Australian-led search and rescue operation will hamper the effort to find the missing aircraft, an aviation expert says.

It is part of mounting concerns about the way in which Malaysian authorities have handled the search for the missing aircraft as it enters its third week.

Strategic Aviation Solutions chairman Neil Hansford said it also suggests Malaysian authorities are not being fully transparent about what the Boeing 777-200ER, which disappeared on March 8 an hour into a journey from Kuala Lumpur to Beijing, was carrying.

“To me, there is no reason why they wouldn’t declare the cargo manifest unless you’ve got something to hide,” he said.

“There is no reason you wouldn’t have given it to AMSA (the Australian Maritime Safety Authority) on the first day of the search.”

AMSA has requested a cargo manifest for Flight M370 from Malaysia Airlines.

The manifest is expected to give the search operation a better idea in identifying objects they spot in the Indian Ocean if they indeed came from the missing plane.

However, the Malaysian authorities to date have refused to release it, insisting the document is with the police who are conducting their own investigation into the cause of the plane’s disappearance.

“There is certainly no reason why they shouldn’t share a cargo manifest with a legitimate search agency because it will only contribute to the search effort,” Professor Jason Middleton, the head of the school of aviation at the University of New South Wales, said.

“I would have viewed that (not sharing the information) as unusual.”

Professor Middleton said the only reason he could think of for not sharing the information was that something of “Malaysian national interest” was being carried on the aircraft.

“But in that case you could just redact that bit,” he said.

He said the whole investigation had been “totally characterised by innuendo and false data”.

Continue read here
>>>>> more here
Related Posts with Thumbnails

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman